Rabu, 15 April 2015

10 fakta tentang tidur yang perlu diketahui

[SHARING IS CARING]

Tidur adalah perkara rutin yang dilakukan semua hidupan setiap hari. Ramai yang sedia maklum masa tidur yang berkualiti membantu kita aktif dan cergas pada hari berikutnya. Tetapi tahukah anda apa yang terkandung di sebalik tidur anda?

Mari kita lihat 10 fakta tentang tidur yang anda mungkin tidak tahu sebelum ini.

1. Manusia merupakan satu-satunya mamalia yang menunda waktu tidur.

2. Bersenam dengan teratur membantu menyenangkan anda tidur, tetapi bersenam sejam atau dua jam sebelum tidur akan membuatkan anda sukar untuk lelap.

3. Secara umum, orang dewasa memerlukan tidur selama 7 jam.

4. Manusia kebiasaannya akan berasa letih pada dua waktu; iaitu jam 2 pagi dan 2 petang. 

5. Kajian di Amerika Syarikat mendapati mereka yang bekerja secara syif punya lebih kebarangkalian untuk diserang penyakit kronik seperti penyakit gastrousus dan kardiovaskular.

6. Mereka yang bercerai dilaporkan lebih banyak mengalami masalah insomnia.

7. Pernah terjaga dan kemudiannya sukar untuk tidur kembali? Cuma tenangkan fikiran dan teruskan berbaring di atas katil. Jika tidak berjaya tidur dalam masa 20 minit, keluar dari bilik dan lakukan aktiviti yang menenangkan. Jangan tengok jam kerana ia akan buat anda tertekan. Kembali ke katil apabila anda mula rasa mengantuk.

8. Mereka yang tidak cukup tidur akan mudah berasa lapar kerana tahap hormon leptin yang berkurangan. Leptin merupakan sejenis hormon yang bertanggungjawab dalam pengaturan selera makan seseorang.

9. Kafein disahkan sebagai 'dadah' atau ubat penahan tidur paling popular dan paling banyak digunakan di seluruh dunia.


10. Tidak ada istilah 'ganti tidur'. Jika anda tidak cukup tidur, anda tidak boleh menggantikannya pada hari berikutnya. Tidur 7 jam yang cukup bermaksud 7 jam yang tidak terganggu.

Best Regards;
Hasira Husain
ID:RS102237
HP:013.640 6625/012.4774 753
~Platinum Stokist Selangor~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan