Berikut
adalah 10 tips mudah cara untuk kurus yang boleh dilakukan dalam kehidupan
seharian anda.
|
Nak kurus???Jom kita istiqamah...baru jadi!!! |
1.
Jadikan air masak sebagai minuman utama
Semasa sarapan, teruskan
minum jus oren atau kopi/teh kegemaran anda. Tapi selepas itu, pastikan anda
hanya minum air masak dan bukannya air jus/manis/berkarbonat/tin. Kajian
mendapati secara purata orang ramai minum hampir 245 kalori berlebihan sehari
daripada air jus/manis/berkarbonat/tin. Ianya hampir 90,000 kalori setahun
bersamaan 11
kilo tambahan kepada berat
badan!
2.
Makan 5-6 hidangan kecil berbanding 3 hidangan besar sehari
Kajian
mendapati mereka yang membahagikan hidangan makan mereka akan makan kurang 30%
kalori dalam hidangan berikutnya. Sebagai contoh, jika anda membahagikan sarapan
anda kepada dua hidangan misalnya, satu sebelum ke tempat kerja dan satu lagi
ketika rehat pagi, maka anda tidak akan makan banyak ketika waktu makan
tengahari. Badan anda akan kurang mengeluarkan insulin yang mengawal kandungan
gula dalam darah dan perasaan lapar.
3. Berjalan sekurang-kurangnya
45 minit sehari
Ambil kesempatan untuk menambahkan peluang untuk
menambah masa berjalan kaki dalam perkara-perkara kecil seperti mengikut jalan
jauh ke tempat kerja, menggunakan tangga, memilih restoran yang memerlukan anda
berjalan lebih jauh dari biasa, window-shopping di pusat membeli-belah, parkir
kenderaan anda jauh sedikit dan lain-lain. Ini kerana jika dilakukan setiap
hari, anda boleh mengurangkan sehingga 13 kilogram berat badan dalam setahun
tanpa perlu bersusah-payah dan tanpa anda sedari
4.
Perbanyakkan warna biru dalam hidup anda
Ada sebab mengapa restoran
makanan segera tidak menggunakan warna biru dalam hiasan restoran mereka.
Percaya atau tidak kajian mendapati warna biru menghalang selera. Jadi apa lagi,
sediakan makan malam dalam pinggan biru, pakai baju biru ketika makan dan
gunakan alas meja berwarna biru. Dalam masa yang sama, elakkan warna merah,
kuning dan oren di ruang makan kerana warna tersebut didapati membuka
selera!
5. Buang pakaian besar anda
Jika anda berjaya
mencapai berat badan yang dihajati (tahniah!), pastikan anda sedekahkan atau
buang pakaian lama anda yang sudah gelebeh itu. Secara psikologinya idea bahawa
anda terpaksa membeli baju baru jika berat badan anda bertambah kembali pasti
menjadi motivasi untuk anda mengekalkan berat baru badan anda sekarang!
6.
Gunakan pinggan yang kecil
Tahukah anda, lebih banyak makanan yang
terhidang di hadapan anda maka lebih banyak yang anda makan, tanpa mengira tahap
kelaparan sebenar anda. Untuk itu, gunakan pinggan yang lebih kecil.
7.
Makan bijirin untuk sarapan
Bijiran sarapan seperti Cornflakes atau
Koko Krunch bukan untuk kanak-kanak sahaja malahan ia sesuai untuk orang dewasa.
Mereka yang makan bijirin sarapan sekurang-kurangnya 5 kali dalam seminggu
menghadapi kurang risiko obesiti dan diabetes berbanding mereka yang memakan
makanan lain untuk sarapan. Bijirin ini juga mengandungi serat, kalsium dan
paling penting kurang lemak.
8.
Makan hanya apabila lapar
Kedengarannya mudah tapi tahukah anda
kebanyakan orang makan hanya kerana bosan, memang waktu biasa makan, gemuruh
atau cemas, kecewa dan pelbagai sebab lagi kecuali lapar. Selepas ini, pastikan
anda hanya makan apabila perut anda sudah mula berbunyi. Eksperimen mudah – jika
anda inginkan/idamkan sejenis makanan tertentu, anda tidak lapar. Sebaliknya
anda akan makan apa sahaja jika anda benar-benar lapar.
9.
Makan dengan tenang dan perlahan
Secara saintifiknya otak manusia
ketinggalan hampir 20 minit berbanding perut untuk memberi isyarat kenyang. Oleh
itu, ambil masa untuk menikmati hidangan makanan anda, dan otak anda akan dapat
memberi isyarat kepada anda untuk berhenti bila tiba waktunya.
10.
Makan buah-buahan
Jika anda mempunyai pilihan sama ada untuk makan
buah-buahan atau minum jus buah-buahan, pilih untuk makan. Buah-buahan yang
dimakan memberi lebih kepuasan dan mengenyangkan berbanding sekotak air jus
buah, bermakna anda akan kurang makan makanan lain sepanjang hari.
JOM SIHAT & SLIM BERSAMA GCT!!!
IN SHAA ALLAH PASTI LEBIH MUDAH!!!
MINUM2X TUP2X PAKAIAN MULAI LONGGAR!!!
BERAT BADAN MULAI BERKURANG LAGI DAN LAGI!!!
♡♡♡SHARING
IS CARING♡♡♡
Best Regards:
♡Arisa Asira♡
ID:RS102237
Fb:Arisahakusai Husain
www.rashwealthgroup.com